Rabu, 31 Disember 2014

A letter for you guys!

Assalamualaikum hari ini tanggal 31 december 2014 dalam erti kata lain hari terakhir bagi tahun 2014.. sememangnya 2014 ini akan menjadi sejarah, kita tidak mampu untuk reverse dan mengubahnya.

jauh di lubuk hati aku, aku berasa sedih kerana berakhirnya 2014 bermakna aku tidak lagi menjadi budak jati (KRK SMKAM 12-14).. begitu banyak memory yang manis mahupun yang pahit yang aku telah lalui.

to all my classmates 12-14,
                                            mungkin kita tidak lagi menjadi classmates pada tahun 2015, kita hanya menjadi kawan. mungkin ada sesetengah daripada kita yang akan lost contact. namun, perkara ini kita harus lalui. sayang gila-gila pun, kita tetap akan berpisah.. bila?? apabila kita meninggal dunia kerana bukan semua daripada kalangan kita dicabut nyawa pada hari yang sama dan ditanam didalam liang lahat yang sama.


sedikit nasihat aku kepada korang (dan juga kepada semua pembaca).. pertamanya, good luck in your life.. jangan pernah putus asa, yang lepas itu lepas, you have to move on..

kepada yang beragama islam, ingatlah jangan sesekali lupa kepada allah.. jangan sesekali kita lalai dengan dunia yang penuh dengan fitnah.. sesungguhnya dunia ini sementara, hanya sekadar R&R, dan matlamat hidup kita adalah untuk berjaya di dunia dan akhirat yakni masuk kedalam syurga allah.. namun, perkara itu bukan lah mudah, kerana syaitan dan nafsu berada bersama-sama dengan kita..

suka untuk aku tekankan iaitu mengenai solat fardhu, jangan tinggal solat kerana solat itu tiang agama, kalau rumahlah takde tiang, pasti roboh lah rumah itu.. tiada gunanya kalau kita buat amal soleh yang lain kalau kita tak solat.. ibarat beli perabot rumah tapi rumahnya takde.. so useless! bukan lama pun solat 5 mins tambah doa 5 mins, baru 10 minit darab dengan lima baru 50 minit. aku tidak berhasrat untuk bercakap banyak mengenai benda ini, kerana aku rasa parents korang ada tekankan juga mengenai ini.. bagi yang dah solat 5 waktu, cuba repair sikit solat tu biar jadi perfect, awal waktu, khusyuk dan sebagainya.. bagi lelaki yang rumah dekat dengan masjid, solatlah di masjid, bagi yang jauh cuba solat berjemaah.



keduanya mengenai couple, suatu fenomena yang berlaku sekarang ni dikalangan pelajar sekolah.. aku cakap tak perlulah couple.. jangan lah kamu menghampiri zina, couple inilah yang membawa kepada zina.. tidak perlulah! couple bukannya fardhu ain pun.. menyusahkan je, beli topup sebab nak sms, ambil packet data sebab nak whatsapp.. bazir duit je, baik belanja aku makan.. kadangkala couple ini boleh membuatkan hidup kita ini tidak bebas untuk berkawan kerana dikawal oleh couple kita itu sendiri.. sekiranya aku nak menyenaraikan keburukan2 bercouple, terlalu banyak.. cukuplah setakat itu..

ketiganya, mengenai aurat, tutuplah aurat, membuka aurat bukannya buat kau nampak lebih cantik, handsome pun.. kalau dah cantik/handsome tutup ke buka ke tetap cantik, perfect! tutup itu biarlah sempurna, janganlah ketat dan jarang pula..

sememangnya aku tidak berhasrat untuk membebel panjang sangat nanti jadi macam wikipedia pula.. korang dah besar, ada akal untuk berfikir dan membezakan yang baik dan yang buruk.. cukup setakat itu lah pesanan dan nasihat aku.. aku bukanlah seorang ulama cuma menyampaikan apa yang aku mampu sajalah.. moga-moga ada kebaikan buat kita semua,

aku mohon maaf atas salah silap aku, kata-kata aku, perlakuan aku, mengumpat aku, terambil barang, terhilangkan barang dan sebagainya, aku menyusun 10 jari memohon kemaafan.. sekiranya aku ada berhutang dengan korang, afdhal halalkan, kalau tak rela, boleh tuntut pada aku.. thank you very much!

#prayforqz8501
thats all for today thank you..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan