assalamualaikum and hello everyone! dah lama aku tak update blog ni.. bak kata amalia "berhabuk dah".. pertamanya, aku nak mohon maaf pada yang kisah pasal blog aku kerana aku tak update, bukan sengaja tetapi aku seakan-akan tiada benda nak share.. tujuan post kali ni pun bukanlah untuk aku share story aku tapi mungkin nak bagi kata-kata nasihat dan takziah kepada golongan yang sedang mengalami bencana khususnya di Malaysia.. aku bukanlah warga pantai timur dan aku juga tidak berkesempatan untuk menyertai aktiviti bantuan kemanusiaan.. sekali lagi aku mohon maaf kerana tak dapat turun padang dan hanya doa yang mampu aku sedekahkan..
tidak perlu untuk aku story mengenai keadaannya kerana aku yakin perkara ni dah boleh dilihat di berita2, media sosial dan sebagainya..
aku harap sekiranya ada dikalangan pembaca ini yang mungkin mengalami banjir ini atau mempunyai keluarga yang mengalami, atau mungkin rakan.. tabahkan hati, anggaplah ini sebagai satu ujian daripada allah.. sesungguhnya allah lah sebaik-baik perancang.. mana tahu dengan terjadinya banjir ini, masyarakat kembali kepada syariat islam.
pesanan aku kepada yang mempunyai ahli keluarga atau rakan yang meninggal dunia akibat daripada lemas. ingatlah mati yang disebabkan lemas itu dikira sebagai syahid (insyaallah). walaupun syahidnya tidak setinggi para pejuang islam yang syahid di medan perang, tapi ingat bukan semua orang dapat mati syahid.
No matter how lost you feel, you have to promise me that you would hold on to hope.. people need that.
biarlah aku akhiri post ini dengan innalilahiwainalillahirojiun
#PrayForPantaiTimur
#rasa sedih bila dengar berita interpol nak tangkap syeikh yusuf al qardhawi.
#terima kasih kepada yang mendoakan kejayaan dalam pt3.. alhamdulillah, aku bersyukur dengan result aku walaupun tak dapat straight A.. good luck batch 00.. im done with this pt3!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan