Ahad, 31 Mei 2015

my life changed

Assalamualaikum n hello! *inhale* *exhale* dah lama tak update blog ni.. hari ini terdetik rasa nak update blog tercinta ni.. harap harap skill blogging sebelum ni tak hilang lah..

Hijrah membawa makna perpindahan, rasulullah saw dan para sahabat telah berhijrah dari mekah ke madinah lebih 1400 tahun dahulu.. hijrah rasullullah telah membawa kepada perkembangan islam, sehingga islam tersebar luas..

hari ini aku tidak berhasrat untuk aku menceritakan mengenai hijrah rasul allah iaitu nabi muhammad dan bukan juga mengenai hijrah sesetengah pelakon yang sudah mula berhijab dan sebagainya.. tapi aku nak menceritakan mengenai suatu penghijrahan yang aku sendiri tidak menjangkakan..

Last year, aku ambil exam PT3, result aku ialah 5A 3B 2C, alhamdulillah walaupun tak berjaya mana tetapi man jadda wa jadda, sesiapa yang berusaha dia akan memperolehinya.. kalau kita ikut pada logik zaman PMR dulu, 5A mana dapat SBP atau MRSM.. aku pun sengaja menggatalkan tangan mohon SBP dan MRSM.. Alhamdulillah, aku dapat masuk SM Sains Banting atau dikenali sebagai BASIS, sekolah yang menduduki tangga ke13 daripada 68 SBP dan tangga ke 20 daripada semua sekolah di Malaysia.. suatu prestasi yang membanggakan..

satu story atau tanda2 yang aku dapat SBP ni ialah waktu aku nak pergi interview MRSM dekat MRSM Kuala Kubu Bharu, aku tersesat dan aku tidak mengambil exam tu.. aku siap tweet lagi "soalan MRSM senang sangat sampai aku dibenarkan balik awal" mak aku kata dalam kereta "ada hikmahnya ni.."

tibanya waktu result SBP keluar menentukan sama ada ditawarkan atau tidak.. cousin aku,yang dapat 7A dalam PT3, dapat SGS, Science Girls School. aku tahu pun daripada whatsapp.. then aku cakap kat mak aku "nafi check ea?" then aku pun check.. suatu yang tak dijangka, aku ditawarkan ke SM Sains Banting. aku teringat mak aku pernah cakap "kau 5A tak yah berangan lah." then bila aku dapat, aku tak tahu nak tekan ya atau tidak, mak aku cakap "tekan je, try setahun dulu" then aku pun tekan button ya.. aku sedar ia akan mengubah kehidupan aku..

aku pun mula buat persiapan, beli barang, medical check up semua tulah.. standard lah kan..

25 Februari 2015, kehidupan baru aku bermula.. orientasi 2 minggu.. MEMBOSANKAN! menyesal aku lapor diri awal.. waktu orientasi, aku tak homesick, dah lepas orientasi aku mula homesick.. kehidupan asrama yang sebenar aku alami.. aku mengaku aku pernah homesick.. yang tak masuk asrama tu jangan gelakkan, bukan mudah untuk adapt dari segi kehidupan dan juga pelajaran dari BI tukar kepada BI, bukan senang.. Golgi Apparatus jadi Jasad Golgi, Crucible jadi mangkuk pijar.. aku memang rasa nak keluar, tapi aku fikir berulang kali, aku share story dengan kawan kawan baru aku, aku teringat elly pesan pada aku, jangan ulang kesalahan aku lama.. aku terfikir juga duit lebih kurang 2000 dah aku belanjakan.. then aku decide, takpe aku try tahun ni je.. one day, aku tanya Haziq Aiman, dia kata kat aku "kau cari apa punca masalah kau, baru kau boleh solve problem kau. aku cuba samakan asrama dan rumah.. memang tak dapat sepenuhnya, sikit pun jadilah.

bayangkan lah, dulu aku bangun pagi pukul 7, then masuk asrama pukul 5.15 pagi dah bangun. imagine, 5.15 mandi, pastu solat subuh, pukul 7 ada fall in (perhimpunan asrama), isnin selasa sekolah sampai pukul 4. rabu, wajib hadir kokorikulum.. 6 petang, mandi, 6.30 makan malam, then solat maghrib. then prep sampai pukul 10 then solat isya then supper.. 11.15 bacaan al mulk pastu tido.. tak ke penat hidup macam tu..

aku kuatkan diri, walaupun ada kawan-kawan yang sudah buat U turn dan kembali ke sekolah lama.
makin lama, aku mula dapat adapt di asrama, tapi tak sepenuhnya lagi lah, mula je 3 minggu duduk asrama, aku dah panas dah, rasa nak balik rumah tu membuak buak.. duduk asrama kalau hujung minggu tu best.. tapi kalau sekolah tu ADOII! 

Life dekat SBP tak sama macam orang bayangkan, study study n study. aku perasan lah kan, diorang ni macam tak study tapi result gempak..

itulah sedikit sebanyak kehidupan di asrama.. cerita warna warni asrama, tu jumpa aku personal lah, dengar story tu..

nasihat aku pada yang nak masuk SBP atau masih homesick, homesick itu standard, menangis itu normal kalau dah heavy.. berkongsilah cerita dengan orang orang lama, jangan pendam.. kena perli itu standard lah.. think carefully before you take a U turn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan