hello guys! dah lama tak update blog ni.. mungkin sebelum cuti ramai students yang ambil exam dan lepas cuti ni ada yang gembira dan ada yang kecewa dan ada juga yang tidak mengendahkannya.. perkara yang sama dialami oleh aku, cumanya aku ni pada pihak yang gembira kerana aku berjaya naikkan no aku dari 16 ke 13..
sejujurnya, aku pernah cakap kat hawani yang aku kata aku akan jatuh, sebab aku tengok ramai yang markah meningkat pada bm n aku stay je.. tapi lepas dapat result, alhamdulillah aku meningkat dan perasaan gembira tu lebih..
aku update ni bukanlah nak luahkan perasaan aku sebabnya kalau aku luahkan takut-takut yang prestasi menurun kata aku poyo dan sebagainya pulak.. biarlah ia sekadar muqadimmah orang kata..
sikap manusia, mana pernah nak yang negatif, nak yang positif sahaja.. tapi nak buat macam mana alam dunia ini kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada dibawah.. slogan atau pepatah yang biasa didengari "life is unfair!" agak ganas bunyi.. ingatlah kita duduk di dunia ni ibarat R&R, sekejap je fokus kita bukan lah dunia malah akhirat.. kejar dunia, akhirat terlepas, dan lebih malang lagi takut-takut dunia pun tak dapat.. kejarlah akhirat, insyaallah dunia mengejar kita..
tidak perlu bersedih atau kecewa atau stress or what ever kerana apa yang kita dapat ini ialah hasil daripada apa yang kita buat sebelum ni, dan apa yang kita buat sebelum ni adalah hasil daripada pemikiran kita.. apa guna kita bazirkan air mata, hidup tak tenang sebab memikirkan perkara yang lepas.. hidup kena move on..
aku pernah dikecewakan bila aku dapat 4A 1B dan tak dapat masuk asrama n hanya masuk kelas krk smk alam megah.. tapi tengok apa yang aku dapat dekat sekolah tu, aku dapat kawan yang baik.. harap2 tak tikam belakang.. mungkin kat asrama aku tak dapat.. aku still move on..
bila-bila kita boleh mati, mungkin sebaik sahaja aku tekanpublish, aku menghembus nafas terakhir, aku tak tahu.. so, sementara baki hidup yang ada ni kita move on.. mungkin orang kata "alah nafi kau punya prestasi meningkat boleh lah nasihat" ingat bro! aku pun pernah kecundang, aku pun dah pernah alami, move on!
lastly, aku tertarik dengan kata-kata "there is no struggle without sacrifice" tiada perjuangan tanpa pengorbanan.. bagi yang dah berusaha sehabis baik tapi masih tak capai target, usaha lah lagi.. gunakan lah istilah DUIT, Doa,Usaha,Istiqamah,Tawakal.. kita hanya mampu merancang, allah yang menentukan dan sesungguhnya dia lah sebaik-baik perancang..
hopefully dapat cecah 6000 stats, insyaallah.
good night everyone n have a nice dream :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan