hello guys! dah lama tak update blog ni.. bukan apa takde benda nak story, tapi hari ni bukanlah story tapi hari ni aku nak kupaskan sedikit isu coklat cadbury yang kejap halal dan kejap haram.. semalam aku ada dengar ceramah seorang ustaz, aku lupa nama dia apa.. aku memang boleh katakan follow ceramah dia, kalau dia buat dekat masjid al munawarrah.. dia seorang ustaz fiqh dan dia ajar amat jelas..
mula-mula, tersebar dekat media sosial, aku tak percaya sebab sesetengah produk dah maju then difitnah tak halal. kemudian, keluar kat tv dan surat khabar pasal ni.. nak tak nak, percaya jugak lah aku. dah lah melibatkan cadbury hazel nut dengan roast almond.. aku dah telan banyak dah.. bagi orang pun pernah.. kesian orang tu makan dna babi.. hehehehe
kalau kita ikut kronologi ni jakim tak pernah kata cadbury itu haram, KKM kata cabbury iaitu keluaran china yang haram, tetapi bermula dari whatsapp, ianya tersebar.. rakyat malaysia ni dia tengok cabbury.. dia aspek orang typo dan sebar ikut whatsapp, sms dan sebagainya.. KKM tak sempat bagitahu jakim, dah bocor! malaysia merupakan leader bagi pengeluaran halal seluruh dunia.. effect daripada ni seluruh dunia buat penyiasatan. Cadbury pastinya mengalami kerugian.. jakim terpaksa gantung lesen halal sebab nak hormati rakyat malaysia.
makmal yang KKM guna itu untuk daging babi dan bukannya khas untuk dna.. DNA ni benda yang boleh tersebar waktu packing, penghantaran, penyusunan kat kedai.. so, tidak sesuai kalau sampel diambil di kedai-kedai. then, jakim ambil sampel dekat kilang dan buat ujian dna didalam makmal yang khas untuk dna.
keputusannya takde dna babi.. malangnya rakyat malaysia masih tak percaya..
Jakim dah lah agensi agama.. benda ni pulak jadi. kalau kkm dengan jakim ofcourse lah org percaya kkm, namapun kesihatan.. takut-takut, rakyat malaysia ragu-ragu dan kuasa halal yang diberikan kepada jakim diberi kepada syarikat swasta yang gilakan keuntungan.. jangan sampai yang haram jadi halal sebab bayar lebih dekat syarikat tu.. dah dua kali jakim ditarik kuasa, dan janganlah jadi buat kali ketiga.. kes cadbury ni macam ada agenda tersembunyi.. wallahualam.
aku cuma menyebarkan apa yang aku faham.. kalau orang masih tak percaya, anggaplah perkara itu sebagai syubahah, yakni ragu-ragu, perkara yang ragu2 baiklah kita tinggalkan.. coklat bukannya makanan asas pun kan.. tapi janganlah berpandang serong kepada jakim dan agensi2 agama..
last sekali, aku nak tegaskan bukanlah babi semata yang haram, tak solat pun haram, buka aurat pun haram, rasuah, makan riba even hisap rokok pun haraaam..
so thats all! thank you!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan