assalamualaikum and hello everyone! hari ini sedar tak sedar sudah penghujung 2015.. tepat pada 12 malam ini, mulalah tahun baru, lembaran baru, azam baru, semua baru.. sungguh 2015 bakal meninggalkan kita, persoalan sama ada kita akan menyabut 2016, kita masih belum tahu barangkali, ajal kita sebelum 2016 membuka lembaran..
2015 banyak memberikan aku kenangan, pada tahun inilah aku belajar hidup berasrama, menempuhi dugaan dan rintangan.. well life never get easier, you are just become stronger.. lantak pi lah grammar.. ni nak kongsi sedikit banyak banyak dugaan yang aku alami, benda yang paling berat bagi aku ialah kehilangan seorang saudara yang masih muda, iaitulah fikri shahrudin.. aku memohon semua yang membaca blog aku ini menyedekahkan al fatihah pada beliau, moga moga beliau ditempatkan dikalangan orang beriman..
26.12.2015 arwah collapse masa main bola sepak dekat padang sirim, shah alam, akibat serangan jantung.. pada jam 8.20 malam, doktor mengesahkan beliau meninggalkan kami buat selamanya.. aku bergegas ke hospital klang bersama sama abang aku dan bapa aku.. menunggu jenazah, sehingga jam 12.30 malam.. ahli keluarga sedaya upaya untuk meminta beliau tidak dikenakan post mortem.. apakan daya, prosedur mesti dipatuhi.. sempat aku menyinggah di rumah keluarga arwah yang juga rumah atok aku di pj.. suasana sangat pilu..
27.12.2015, aku memberikan penghormatan terakhir kepada arwah dan sempat pergi ke kubur.. suatu perkara yang aku ingin kongsikan ialah arwah seorang yang baik.. ramai sahabat datang memberikan penghormatan terakhir.. aku bersyukur melihat ramai yang solat jenazah untuk arwah..
yang pergi tetap pergi, yang hidup mesti meneruskan perjuangan
aku sebagai rakyat malaysia kecewa dengan kenyataan seorang menteri yang mengatakan bahawa rakyat malaysia perlu menjalankan 2 pekerjaan demi mengatasi masalah sara diri.. tatkala menteri hidup selesa, rakyat merana dengan gst dan sebagainya.. tergamak seorang menteri mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati.. kenyataan tersebut menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan sudah tiada jalan dan rakyat terbeban.. aku tahu pemimpin malaysia merupakan orang yang cerdik pandai.. bantulah ringankan beban rakyat
akhir sekali, aku ingin memohon kemaafan daripada semua yang mengenali aku, aku mohon maaf sekiranya ada buat salah dan silap.. kalau aku ada hutang dengan sesiapa, tell me personally..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan