Khamis, 16 Julai 2015

#SalamAidilfitri

Assalamualaikum, post kali ini, tiada tujuan lain melainkan saya selaku admin page ini, ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.. saya meminta maaf sekiranya ada tersalah kata dalam post saya..

Kepada yg mengenali saya, saya menyusun 10 jari memohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya ada kesalahan yang saya lakukan.

Ingatlah sahabat!
Para sahabat tidak berasa takjub dengan sahabat yang hebat amalannya di bulan ramadan.. para sahabat hanya berasa takjub dengan orang yang boleh istiqamah selepas ramadan. Indicator para sahabat ialah 6 bulan selepas ramadan, sekiranya istiqamah.. para sahabat mengucapkan tahniah. Sekiranya tidak sahabat mengucapkan takziah..

Sekiranya pada bulan ramadan masjid dibanjiri dengan umat islam, begitulah juga diharapkan bulan bulan selepas ramadhan..

Jadilah kita hamba allah bukan hamba ramadan.
Jadilah kita muslimin dan bukan MUSIMin.
moga moga allah terima segala amalan kita dan mengampunkan segala dosa kita
Moga moga kita bertemu dengan ramadan yang akan datang..
yang belum menunaikan kewajiban zakat, tunaikanlah sebelum terlambat.. moga moga allah permurahkan rezeki, insyaallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan