Rabu, 15 Januari 2014

Family day Mnzwaj Associates

hello guys! first of all aku nak ucap salam maulidur rasul kepada semua islam seluruh dunia.. aku pasti banyak masjid yang sambut maulidur rasul dan ramai yang datang tetapi ingat jangan penuhkan masjid diwaktu solat jumaat, maulud nabi, solat raya dan bila ada jamuan sahaja malah penuhkan lah masjid tidak kiralah waktu bila-bila sekalipun.. jangan menjadikan dunia itu sebagai alasan kita tidak pergi masjid lebih lebih lagi yang lelaki kerana apa rezeki itu telah ditentukan oleh allah, dan kita mati tidak membawa harta hanya membekalkan amalan kita.. kalau shopping mall kita boleh pergi, plan elok elok takkan masjid tak leh pergi.. bukan menyindir sesiapa cuma kita kena muhasabah diri.. so hari ni tak nak berceramah pun, sebab aku pun bukan lah seorang penceramah cuma share ilmu sahaja.. dakwah ini biarlah tak dapat semua, jangan tak dapat langsung, buat yang kita mampu saja..

so hari ni nak cita pasal family day, setiap syarikat mesti ada buat family day, mungkin syarikat-syarikat yang baru ditubuhkan tidak membuat family day kerana ekonomi masih tergugat.. family day ni nak rapatkan silaturrahim actually. so syarikat bapa aku buat family dekat langkawi..

hari jumaat lepas, ustazah suruh buat demo solat tapi bukan hari jumaat, hari isnin.. aku terkena, tapi apakan daya aku kan Mr Calm. always all is well.. aku tahu aku takde hari tu sebab aku g langkawi. nget!! petang jumaat tu, lepas solat jumaat, aku packing2 barang n bertolak ke penang dalam pukul 3 ke 4 petang.. langkawi dekat kedah bukan dekat penang.. aku pergi penang sebab nak pergi rumah saudara aku.. dalam kereta biasalah tido semua tu.. dalam pukul8 ke 9 malam, aku sampai dekat rumah saudara aku.. tak lama tu kitorang pergi makan dekat dekat situ je, makan kuey teow. lepas makan, balik rumah saudara aku balik.. saudara aku, pergi kerja pukul 10.45 so tinggallah aku, keluarga aku, kak ita (saudara aku punya isteri) n amar (anak dia). amar balik-balik dari makan terus tido, tak lama lepas tu, aku pun tidoo.. then aku tersedar sebab banyak nyamuk n apa lagi spray shieldtox lah jawabnya, then tido balik dengan hati yang tenang.. pukul 4 pagi, aku bangun, mandi-mandi n bertolak ke jeti kuala perlis. amar boleh pulak bangun pukul 4 pagi.. muka dia comel je bila baru bangun tido..

pukul 5 setengah pagi, aku solat dekat masjid.. then terus pergi jeti, aku naik feri n sampai2 je dekat langkawi, my dad beli roti n sarapan.. mula-mula pergi makan tengah hari., lepas-lepas makan, pergi makam mahsuri, ntah ada cerita lagenda boleh la google sendiri, permaisuri yang dibunuh then keluar darah putih tetapi darah tu tak cecah tanah n sebelum dia mati, dia bersumpah pulau langkawi  tidak aman 7 keturunan. itulah sedikit sebanyak ceritanya, nak detail google lah sendiri.. hoaloh! lepas pergi makam mahsuri tu pergi cable car, pergh! aku cakap ramai gila orang beratur je nak sejam.. tapi bila naik awesome jugak lah.. tak dapat nak share gambar sebab post ni pun panjang kalau tambah gambar mampus macam wikipedia kejap lagi blog aku ni..my mom n dad tak naik cable car.. lepas naik cable car dalam pukul 6 lebih nak dekat pukul 7, kitorang cepat2 pergi hotel bella vista n check in.. selamat sempat solat.. malam tu ada dinner tapi takde tema.. makanan sedap jugak laa..

hari kedua, pagi-pagi tu aku pergi breakfast dekat hotel then lepas tu ada acara island hopping.. naik bot, gempak weh! 3 ke 2 pulau aku pergi, pulau beras basah, pulau apantah.. pulau apantah tu ada cerita mitosnya lah, malas nak cita so go on! hehe :) lepas island hopping, , aku lunch then rehat sekejap dalam pukul 2.30 g shopping! 3 kedai pergi, kedai pertama tak ingat nama, kedai tu pepero habis stok then pergi kedai kedua Haji Ismail Group, beli coklat than pergi idaman suri.. malam tu ada dinner bertema back to nature, lepas makan, ada cabutan bertuah, yeah aku bertuah sebab aku terkena, yang paling tak leh tahannya yang cabut nombor tu my dad so bergambar ngn bapa sendirilah jawabnya, aku dah dapat rasa sebab family day yang lepas pun aku kena, kali ni pun kena alhamdulillah.. ada best dress award yang dimenangi bagi lelaki, perempuan dan kanak-kanak.. lelaki dan perempuan, staff yang menang, kanak-kanak tu budak kecil, boleh pulak dia cat walk atas pentas, serious comel! bila dah habis dinner tu, ada sorang staff tu kata kat aku "yang ni yang patut menang" woo ~~  kembang! haha! no lah! aku google dulu kot macam mana tema tu.. yeah! i know im good in fashion..

last day, ada acara, aku tak join, staff2 mnzwaj je main dan beberapa orang kanak2 bawah 12 tahun n my bro masuk, n menang no 1.. hadiahnya Pepero satu kotak besar.. walaupun tak join, aku tetap beraktiviti iaitu mandi kolam renang.. saje upload gambar pagi tu sebab aku tahu kawan-kawan aku tengah belajar.. nak bagi jealous.. hoho! lepas mandi kolam then masuk bilik kemas2 barang then check out,, naik feri pukul 2.30 sampai dekat jeti kuala perlis pukul 4. n aku sampai rumah pukul 11 malam.. lama perjalanan..

so panjang sangat post ni, n post ni malam tadi aku buat 3/4, hari ni habiskan sisa-2 nya .. nak tengok gambar tengok dekat insta aku..

bagi classmates coklat tadi pagi, habis sekelip mata, macam bagi serigala makan.. hahaha!
bubye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan