assalamualaikum & hello guys! hari ni 8.8.13, bersamaan 1 syawal.. ramadhan dah habis moga-moga kita dipanjangkan umur, supaya dapat menyambut ramadhan akan datang..
saya Muhammad Hanafi B. Mohd Nasri selaku, pemilik blog The Life Of Hanafi Nasri, ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada my beloved viewers, my fellow bloggers ( Arif, Laili, Arisha, Nurin, Amalia dan lain-lain), classmates saya, kawan-kawan saya.. saya meminta maaf atas kesalahan saya whether daripada post-post blog saya, percakapan saya, perbuatan saya.
aku tidak menafikan aku ada perasaan tidak senang, tidak suka dengan sesetengah orang, aku akan cuba buang perasaan tu.. mungkin ada yang aku gaduh, salah faham & sebagainya aku akan cuba berbaik-baik kerana jikalau kita bergaduh sesama sendiri, berkat itu akan hilang, nauzubillah.. tentang blog ni, jangan risau, aku akan teruskan, cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian viewers..
apa-apa pun kita buang yang keruh, ambil yang jernih.. yang buruk kita ubah menjadi baik, yang baik kita jadikannya lebih baik.. nasihat aku, jangan tinggalkan apa yang diperintah oleh allah & jangan buat perkara yang allah larang, kerana kita tidak tahu bila ajal kita, mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan kita tidak tahu..
i think thats all for today, thank you very much..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan