Jumaat, 12 Julai 2013

Writer to be..

Hello Guys! hari ni, hari ketiga berpuasa, so far so good lah.. alhamdulillah. puasa baru tiga hari, rasa penat tu of course ada.. ingat ini satu ibadah yang wajib penat lapar, haus macam mana sekalipun, kena teruskan juga.. hari ni tak nak cita pasal puasa pun actually, bukannya nak cita berbuka makan apa, sahur makan apa, minum berapa balang air..

mungkin dalam post yang sebelum ni aku ada ceritakan macam mana tulis blog ni jadi sebahagian hidup aku, pada mulanya sekadar ingin mendapatkan tittle BLOGGER, tapi lama kelamaan, bila blog ni dapat sambutan, n aku pun suka luahkan perasaan dekat sini, ia seolah-olah dah jadi darah daging aku, n jadi habit benda ni, tangan rasa gatal je nak post somethings dekat blog ni...

just morning, aku pergi sekolah, n waktu pjk cikgu suruh lukis kayu hoki n labelkan, then duduk lepak je.. cikgu cita pasal penulisan buku, maklumlah cikgu pun seorang penulis buku kanak-kanak.. aku cakap lah kat cikgu "tulis buku susah lah cikgu, saya tulis blog jelah" then cikgu citalah pasal penulisan buku.. cikgu cakap "kamu tulis dekat blog, rugi.. kamu masuk website ilham.kraftangan.com n tulis je apa2 story, bila ramai yang dah like cita kamu tu, nanti dia akan cuba contact kamu n suruh buat novel." cikgu cita panjang lebar, n aku sendiri minat dengan cikgu aku.

For information, aku baru je daftar dekat ilham.kraftangan.com, n insyaallah aku akan reka cita n kalau ada rezeki, aku terima tawaran untuk buat novel, aku akan buat.. buat novel ni untung, ada lah income aku kan.. doakan aku berjaya..

thanks cikgu sebab introduce kan benda alah tu dekat saya..
teruskan view blog ni kasi cecah 4000 view.
i think thats all for today thank you :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan